Just another WordPress.com site

Latest

..eva duduk johor..

Sekian lama tak keluar untuk tujuan mengambil gambar semata-mata..

sampai jumpa lagi..

 

Advertisements

..selepas sepuluh tahun..

lumrah kehidupan.. masa yang berlalu memang kita sedari.. tapi tanpa sedar, kita telah mula melupakannya.. sedikit demi sedikit.. aku.. hampir 10 tahun aku didalam kerjaya perguruan.. kalau digamit kenangan belajar, memang ketawa..

alhamdulillah.. 30 april – 1 mei 2011.. aku telah dipertemukan kembali dengan rakan-rakan sekelas sewaktu di maktab.. setelah sepuluh tahun meninggalkan maktab perguruan batu pahat.. gila.. macam-macam rasa ada.. buat diriku, melihat wajah-wajah sekalian rakan-rakan yang datang membuat aku merasai kembali kata-kata, serta kelakuan terhadap mereka.. tak tahulah apa yang mereka rasa waktu itu.. aku harap tiada yang menyimpan..

harap kita akan bertemu lagi lain waktu..

sampai jumpa lagi..

..terus belajar..

salam safar..

sebenarnya sudah lama aku berkeinginan menghasilkan gambar seperti ini.. masih banyak kelemahan.. dan aku akan terus mempertingkatkannya..

gambar malique ketika malam di kg sayong pinang bersama UniKL 2010..

sampai jumpa lagi..

..experience experiment experience..

salam safar..

baru sahaja lapan hari kita memulakan tahun 2011 ini.. mensasarkan sebanyak-banyak kebaikan pada hari-hari mendatang.. mengharapkan limpahan ilmu di hari mendatang.. cuba mendapatkan seluas-luas perkongsian.. semoga menuju jalan kebahagiaan..

31.12.2010

aku dan azri telah membuat persediaan tempat untuk sesi menggambar dua orang rakan kami..

01.01.2011

satu pengalaman baru.. terima kasih buat ana n shiekin yang sudi menjadikan diri mereka sebagai “subjek” pada hari itu..

semoga kita boleh berkerjasama lagi..

sampai jumpa lagi..

..kugagahi jua..

salam muharram..

masuk hari ini sudah 16 hari aku berada di pulau pinang.. terus merindu..

awal pagi tadi entah macam mana aku pun tak tahu boleh tersedar pukul 4.10 pagi.. kebetulan yang sangat disukai kerana ada perlawanan pasukan kegemaran.. manchester united.. menang 1-0 ke atas arsenal.. antara perlawanan terpenting untuk musim ini.. kerana kalau dilihat pada persembahan semasa kedua-dua pasukan perlawanan memang dijangka sengit.. memang itu yang terjadi pagi tadi.. suka aku.. sangat..

selesai perlawanan.. aku terus melangkah balik ke hostel.. selepas subuh mata seperti tidak mengizinkan untuk menyambung semula lena yang terjaga tadi.. aku jenguk ke luar.. langit menampakkan saki baki bintangnya.. tanpa berfikir panjang.. terus aku menuju ke kereta untuk pergi ke jambatan.. seorang diri..

6.35 pagi aku sudah berada di atas jambatan.. (ada tempat untuk memberhentikan kenderaan | untuk kecemasan sahaja sebenarnya).. rupa-rupanya berada di atas jambatan dengan kaki menjejak sendiri ke lantai jambatan berbanding duduk didalam kenderaan dan melaluinya sahaja berbeza perasaannya.. sungguh.. berdebar juga jantung ini bila melihat lautan yang direntasi jambatan bukannya sungai.. dan inilah kali pertama jariku menggigil ketika cuba memetik shutter.. selawat ke atas Nabi tak henti.. satu pengalaman baru dan manis untuk insan baru sepertiku..

dalam kedebaran (berani berani takut) pun aku gagahi diri untuk berdiri di pinggir jambatan.. untuk kepuasan hati.. selagi kita tidak berpijak di atas kaki sendiri kita tak akan tahu yang kita mampu berdiri.. berjalan.. dan mungkin berlari..

sampai jumpa lagi..

..membuang jemu..

salam zulhijjah..

semalam aku telah mencuri sedikit masa untuk keluar bersiar-siar di sekitar permukaan pulau ini bersama-sama empat orang rakan sekuliahku.. bermula dengan bukit bendera.. disana kami disuakan dengan kekecewaan setelah mengetahui kereta kabel bukit bendera telah ditutup.. perjalanan diteruskan kononnya untuk ke queensbay mall..

dek kerana kecetekan pengetahuan tentang jalan-jalan di penang ni.. aku telah tersasar jauh dan mereka memutuskan untuk terus pergi ke batu ferenghi.. sekali lagi aku tak dapat menggunakan pengalaman lalu tentang jalan-jalan di pulau pinang ini.. berkali-kali berpusing di tempat yang sama.. hahahhha.. sampai lapar mereka semua..

kami singgah di gurney plaza untuk makan setelah mengenal pasti jalan yang benar untuk ke batu feringhi..

namun hajat untuk merakam mentari merah di ufuk timur tidak kesampaian.. hujan.. kami cuma berjalan disekitar pasar yang dibuka pada waktu malam.. apa yang menarik minatku disana, mungkin ketika itu ada satu “outing” yang telah diaturkan oleh photogs di sini.. ramai yang membawa beg kamera menuju ke rah yang bententangan dengan jalanku.. cuma mulut berat untuk bertanya.. segan..

sehingga malam baru kami pulang.. namun tidak aku terus menuju ke kediaman.. tak dapat gading bertuah, tanduk pun berguna juga..

sampai jumpa lagi..

..rindu kamu..

salam zulhijjah..

hari ini antara hari yang sangat jauh dan hari pertama untuk suatu tempoh yang aku rasakan sangat lama.. anak aku.. lelaki.. aqif dzafran.. tapi lebih ramai yang kenal dia sebagai malique.. kuat menangis sewaktu kecilnya.. dinamakan lain kata orang tua-tua.. aku yang mentah ni, ikut sahaja..  aku rindu dia.. sungguh..

dan dia genap dua tahun pada 18 disember ini..

sampai jumpa lagi..

..selamat bercuti..

salam zulhijjah..

esok raya haji dan dua hari kemudian cuti sekolah akhir tahun bermula.. selamat hari raya dan selamat bercuti semua..

juliea melia

 

amoi

zainuriah singa 

dadi

poyie

dini

 

sampai jumpa lagi..

 

..equipments..

salam syawal..

perrgghhh.. lama betul aku tak menggodeh-godeh laman ini.. mungkin sibuk.. agak sibuk lebih tepat.. kadang-kadang kesibukan tidak mengizinkan aku untuk menulis sesuatu walaupun merapu.. aku juga lali untuk mengira hari ini hari yang keberapa sejak mr toshiba terlantar.. sampai sekarang masih belum pulih.. “tension”.. sampai jemu..

semalam aku telah berjaya melengkapkan “equipments” aku.. bermula dengan “body” yang paling asas bersama dengan “kit lens”.. dibantu oleh “flash”.. ditambah kemudian dengan 50mm 1.8.. dan kini dilengkapi dengan “wide” 10-24mm.. alhamdulillah.. walaupun masih pada peringkat asas tapi aku sudah mula berasa puas dengan “equipments” yang aku ada sekarang ini..

sewaktu aku mula belajar | diajar tentang dunia fotografi ini, aku terbayang akan empat rangkaian perkataan yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi sempurna.. “Knowledges | Equipments | Skills | Feel “..

bermula dengan ilmu “editing” aku terus mencuba dan mencuba mengubah gambar-gambar yang sedia ada didalam simpananku.. habis.. semua aku ubah.. sehinggalah pada suatu tahap aku seperti tidak berpuas hati dengan hasilnya..

nyata disitu, aku memerlukan suatu peralatan yang boleh membantu mencantikkan lagi gambar yang dihasilkan.. aku membelinya.. 1000D.. bersama-sama yang lain kecuali “wide”.. kadang-kadang bila duduk sendirian, aku macam tak percaya aku boleh terjebak ke dalam ” dunia” ini.. huh..

aku terus leka dengan mencari-cari sudut terbaik sesuatu gambar.. bertambah ilmuku disitu.. pencahayaan.. kelajuan “shutter”.. bacaan cahaya.. iso.. “white balance”..  potret.. “landscape”.. “moment”.. aku cuba semua.. bila ada kesempatan.. gambar-gambar yang aku rasa untuk dikongsi, aku tandakan nama rakan-rakan di “facebook”.. untuk dinilai.. dan aku sentiasa bersedia menerima kritikan membina.. untuk kebaikan..

namun sehingga kini aku dapat rasakan yang aku masih lagi belum mempunyai rasa dalam menghasilkan gambar.. naluri dalam menghasilkan sesuatu gambar.. perasaan yang jitu tentang gambar.. aku pun tak pasti.. jika melihat hasil rakan-rakanku yang lain.. mereka seolah-olah telah mendapat gambaran awal tentang gambar yang bakal terhasil.. mungkin boleh dibendung naluri tersebut.. harap..

namun aku pasti.. pasti sungguh.. dalam menghasilkan sesuatu gambar yang lengkap dan kemas.. ia memerlukan keikhlasan.. sukar.. kerana “keiklhasan itu umpama melihat semut hitam di atas batu hitam dimalam yang gelap gelita”

anda tak berdaya melihatnya tapi mampu merasainya..

sampai jumpa lagi..

..bermula | berakhir..

salam syawal..

semalam bermulanya peperiksaan UPSR untuk murid-murid tahun 6 seluruh malaysia.. satu tarikh yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua guru-guru.. hari penentuan keputusan reputasi sekolah.. pastinya berbagai persediaan telah dilakukan oleh semua guru-guru tahun 6 terutamanya.. dan tentunya bermacam ragam guru boleh dilihat sewaktu anak-anak didiknya menduduki peperiksaan tersebut.. tingkah lakunya juga raut wajahnya.. dan semestinya doa mereka mengiringi setiap denyutan nadi calon sehingga habis masa..

bagi murid pula.. ramai yang menganggap UPSR adalah hari kemuncak dalam kamus pembelajaran peringkat rendah mereka.. bukan satu kejanggalan jika terdengar jeritan MERDEKA dari anak tekak mereka setelah selesai menjawab kertas terakhir pada hari terakhir peperiksaan.. lucu.. sehingga sayu..

bagaimana pula para dewasa akan memberitahu mereka bahawa UPSR bukanlah bertanda akhir sesebuah pembelajaran dalam kehidupan kerana mereka sebenarnya sedang membina pasak mencipta tapak untuk peringkat seterusnya.. beritahulah mereka bahawa sesungguhnya pembelajaran itu tiada penghujungnya.. dan pengajaran itu tiada tepinya..

selalu kita berasa terbitnya matahari menandakan bermulanya siang.. tidak pula kita terasa diwaktu itu malam telah berakhir.. kerana bumi terus berputar.. yang di atas sekejap sahaja.. yang dibawah pula tidak lama..

sampai jumpa lagi..